
Keadaan di sini benar-benar meruntun hati. Setiap hari, makan minum terpaksa dikongsi seadanya apa sahaja lauk yang ada, itulah yang dimakan bersama. Ada hari kami hanya bergantung pada infaq orang ramai. Itu belum termasuk bayaran bil air, elektrik, keperluan guru-guru dan operasi madrasah. Demi memastikan anak-anak tahfiz ini tidak terhenti belajar, ada tenaga pengajar yang sanggup tidak mengambil gaji hampir 3 bulan, semata-mata untuk menampung keperluan sekolah dan pelajar.
Di Maahad Tahfiz Al-Quran Vokasional 18 Ehsaniah (MTQ18), kami amat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup memberi impak langsung kepada kami. Ada ibu bapa yang terpaksa menangguhkan bayaran yuran kerana kesempitan hidup. Disebabkan itu, tabung infaq ini diwujudkan untuk membantu membiayai Kos pengurusan tahfiz, membaik pulih fasiliti yang sudah rosak & uzur serta menyediakan keselesaan asas untuk pelajar dan guru
Namun, di sebalik semua kekurangan, perjuangan anak-anak hafiz ini luar biasa. Mereka belajar dengan tekun, duduk berjam-jam menghafaz walaupun serba kekurangan. Ada yang sudah menghafaz 15 hingga 17 juz dalam masa setahun, bermula sejak usia kecil dengan satu cita-cita menjadi Hafiz Al-Quran dan membawa sinar kepada keluarga mereka. Mereka tidak pernah berhenti berusaha. Walaupun kami diuji, mereka tetap belajar, tetap menghafaz, tetap berdoa agar Allah hadirkan insan seperti anda untuk membantu perjuangan mereka.

Satu Sumbangan, Seribu Harapan: Jom Infaq Sekarang!
TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN
BANK RAKYAT
1100122988
Maahad Tahfiz Al Quran Vokasional 18 Ehsaniah, Kampung Anak Kurau, 34500 Batu Kurau,Perak
______________________________________________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: