TAJAAN IFTAR RAMADHAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ ADDIN VOKASIONAL


Nabi bersabda,


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya

pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) 

Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Belanjalah mereka berbuka puasa semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Pada masa ini, Madrasah Tahfiz ADDIN Vokasional menampung seramai 30 orang pelajar, diiringi oleh 3 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di ADDIN Vokasional yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di bulan Ramadhan ini.



BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

TAJA SEMUA PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM300

TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM150

TAJA 5 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM75

TAJA 2 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM30

TAJA 1 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN

BANK RAKYAT

11001 22988

    LOKASI KAMI

    Madrasah Tahfiz ADDIN Vokasional

    Tanjung Bayan,Parit 23 Luar,

    Hutan Melintang,36400 Hutan Melintang,Perak D.E


    1) Bagi pembayaran mengunakan payment gateway, cas perkhidmatan akan dikenakan RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.

    2) Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi 01163542156 Ustaz Taufiq

    3) Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya


    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    PILIHAN SUMBANGAN

    Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
    TAJA SEMUA PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM300
    TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM150
    TAJA 5 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM75
    TAJA 2 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM30
    TAJA 1 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM15
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PENYUMBANG

    BUTIRAN SUMBANGAN