KAMI MEMERLUKAN INFAQ MAKANAN MINUM DI SYAWAL YANG MULIA INI,KERANA MENGALAMI KEKANGAN KEWANGAN YG KRITIKAL 


 

Pelajar sedang menikmati hidangan berbuka puasa hasil infaq/Sedekah Tuan Puan 



Makanan Dari Hasil Sumbangan Tuan/Puan 


"Bulan Syawal adalah momentum tepat untuk meneruskan legasi Ramadhan iaitu dengan berinfak sedekah.Kerana salah satu pintu yang di bukakkan Allah untuk meraih rahmat besar dari bulan Syawal ialah melalui sedekah"


Semakin Aidilfitri mendekat, suasana semakin meriah dan ceria bagi kebanyakan dari kita. Namun tidak begitu perasaannya bagi pelajar kami yang ada sebahagian daripadanya tidak berkemampuan dan asnaf. Semakin hari raya mendekat, semakin anak-anak lain merasa gembira dapat bersuka ria bersama keluarga, perasaan mereka jadi semakin pilu dan hibah

Bulan Syawal yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Ceriakan mereka di Syawal ini semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.


Kami di Maahad Tahfiz Al-Quran WalQiraat Addin Vokasional (MTQADV20)  agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dengan kenaikan harga barang di negara kita. Dari satu sisi dilihat ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan akibat pandemic Covid-19, akan tetapi kami di madrasah ini juga menerima kesan secara tak langsung apabila ada antara ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024)


Bajet makanan terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari untuk setiap para pelajar



Pelajar gembira dapat nasi goreng hasil infak Tuan/Puan

Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.

KAMI HAMPIR TERPUTUS BEKALAN


Rak Makanan Kami Yang Hampir Berkurangan

Ayuh Tuan/Puan kita pastikan diri ini tidak terlepas peluang membina saham akhirat yang luar biasa ini dengan kita menjadi salah seorang penginfaq/berwakaf bagi menyempurnakan baik pulih bangunan ini untuk memastikan pelajar menuntut ilmu disini dalam keadaan selesa dan selamat.. insya Allah semua amal kebaikan yg dilakukan di rumah Allah yang mulia ini pasti ada saham buat kita

Marilah sama-sama kita meningkatkan pahala kita dengan melakukan amalan-amalan yang dianjurkan serta beribadah dengan seikhlas hati agar ibadah yang kita lakukan di terima Allah s.w.t

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal saja, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang saleh yang berdoa untuknya.” 

(HR. Ahmad)

BERSAMA KAMI DALAM MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BAKAL HAFIZ YANG BERJAYA

Pada tahun 2018, MTQADV20 mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Kolej Komuniti Bagan Datuk bagi teori dan kemahiran serta mendapatkan tenaga pakar untuk tujuan pengajaran kemahiran yang ditetapkan. Pada masa ini, Pelajar yang hadir ke sini terdiri daripada perbagai latar belakang termasuklah mereka yang susah, asnaf serta anak yatim.


JOM CERIAKAN PELAJAR HAFIZ QURAN SEMPENA AIDILFITRI YANG MULIA INI

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150

TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75

TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30

TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15



Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan. Malah bukan sahaja, mereka menjadi penghafal Al-Quran tetapi juga berjaya dalam bidang kemahiran

InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.

TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN

BANK RAKYAT 

1100122988

LOKASI KAMI:


Maahad Tahfiz ADDIN VOKASIONAL 20 

Tanjung Bayan,

Parit 23 Luar,Hutan Melintang

36400,Hutang Melintang,Perak D.R


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +01163542156 Ustaz Taufiq


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA 10X PELAJAR MAKANAN HARIAN (RM150)
TAJA 5X PELAJAR MAKANAN HARIAN (RM75)
TAJA 3X PELAJAR MAKANAN HARIAN (RM30)
TAJA 1X PELAJAR MAKANAN HARIAN (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN