
Pelajar sedang menikmati hidangan hasil infaq/Sedekah Tuan Puan
Makanan Dari Hasil Sumbangan Tuan/Puan
Kami di Maahad Tahfiz Al-Quran WalQiraat Addin Vokasional (MTQADV20) agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dengan kenaikan harga barang di negara kita. Dari satu sisi dilihat ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan akibat pandemic Covid-19, akan tetapi kami di madrasah ini juga menerima kesan secara tak langsung apabila ada antara ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2023). Bukan itu sahaja, Tabung ini juga bertujuan untuk membiayai pengurus tahfiz ini termasuk membaik pulih segala fasiliti dan kelengkapan yang rosak dan uzur demi keselesaan pelajar.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal saja, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang saleh yang berdoa untuknya.”
(HR. Ahmad)
BERSAMA KAMI DALAM MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BAKAL HAFIZAH YANG BERJAYA
Pada tahun 2018, MTQADV20 mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Kolej Komuniti Bagan Datuk bagi teori dan kemahiran serta mendapatkan tenaga pakar untuk tujuan pengajaran kemahiran yang ditetapkan. Pada masa ini, Pelajar yang hadir ke sini terdiri daripada perbagai latar belakang termasuklah mereka yang susah, asnaf serta anak yatim.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan. Malah bukan sahaja, mereka menjadi penghafal Al-Quran tetapi juga berjaya dalam bidang kemahiran
InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.
TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN
BANK RAKYAT
1100122988
Maahad Tahfiz Al Quraan WalQiraat ADDIN Vokasional 20, Tanjung Bayan Bagan Datuk, 36400 Hutan Melintang,Perak
______________________________________________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: